Lagu Sekolah
Sekolah Menengah Muara Tuang
Menghayati falsafah pendidikan
Mengejar sinar budaya ilmu
Hidup bersatu padu.


Sekolah yang kucintai
Mendidik insan harmoni
Berakhlak mulia rela berbakti
Demi ibu pertiwi.
Korus:
Kami pelajar berdisplin
Sentiasa tabah menimba ilmu
Menerap nilai yang murni
Memupuk bakat pelbagai segi.


Harum namamu seluruh negara
Kami berasa amatlah bangga
Gigih berusaha demi matlamat
Wawasan hidup cemerlang.


Lagu: En. Muhaimi b. Suhaili
Lirik: Hj. Fauzi b. Dollah