Jabatan Bahasa

Jabatan Bahasa yang terdiri daripada Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Bahasa Iban dan Panitia Kesusasteraan Melayu telah menganjurkan beberapa program sepanjang tahun 2015. Antara program yang telah dilaksanakan:

1. Program Peningkatan Kurikulum

A. Program Kecemerlangan Akademik

  • Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu SPM Kertas 1
  • Teknik Menjawab Soalan Bahasa Inggeris SPM Kertas 1
  • Teknik Menjawab Soalan Bahasa Iban SPM Kertas 1
  • Teknik Menjawab Soalan Kesusasteraan Melayu SPM
  • Pecutan Terakhir Mata Pelajaran Bahasa Melayu Kertas 1 dan Kertas 2

B. Program Perkembangan Staf

  • Kursus Teknik Pemeriksaan Kertas Bahasa Melayu SPM Kertas 1 dan Kertas 2
  • Bengkel MBMMBI
  • Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu (KPPGBM)

C. AKtiviti Sokongan Bahasa

  • Bahas Piala Ketua Menteri
  • Bahas Ala Parlimen
  • Pidato Piala Diraja
  • Forum Remaja
  • Drama KOMSAS
  • Pertandingan Deklamasi Sajak Sekolah Menengah 2015
  • Pertandingan Deklamasi Puisi Sekolah Menengah 2015 (Kategori Penyampaian Syair)
  • Pertandingan Shahiba - Tempat Ke-3
  • Public Speaking - Naib Johan
  • Choral Speaking Antara Sekolah-sekolah Bahagian Samarahan 2015- Tempat ke-3
  • Drama Bahasa Inggeris
  • Bahas Ala Parlimen Bahasa Inggeris - Johan Zon Samarahan

2. Bidang Bahasa juga telah menganjurkan aktiviti sempena Karnival PIBG yang berlangsung pada 1 Ogos 2015. Objektif aktiviti ini adalah untuk memupuk kesedaran dalam kalangan murid tentang pentingnya bahasa dalam kehidupan, meningkatkan minat murid mempelajari bahasa dan mencungkil serta mengembangkan bakat murid. Beberapa aktiviti telah dipertandingkan dan hadiah telah diedarkan kepada para pemenang. Aktiviti yang dipertandingkan seperti berikut:

  • Pertandingan Bercerita
  • Pertandingan Pidato

3. SMK Muara Tuang bertuah kerana menerima seorang "English Teaching Assistants" (ETA) iaitu sebuah program kolaboratif antara Kerajaan Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Amerika Syarikat. Program ini bermatlamat untuk meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Malaysia sejajar dengan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Tahun 2015 merupakan tahun kedua, SMK Muara Tuang menerima seorang ETA. Pada tahun ini, Cik Ayesha Harrison dari New York, USA disambut dengan meriah dan mesra oleh warga SMK Muara Tuang. Beberapa aktiviti telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Cik Ayesha Harrison bersama-sama murid-murid Tingkatan 1, 2 dan 4 dengan kerjasama panitia Bahasa Inggeris seperti English Camp, Volley Ball Tournament (for ladies), Sarawak Speaks dan Film Festival. Syabas kepada semua.

Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang menyertai aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan ribuan terima kasih atas sokongan, dorongan dan kerjasama semua warga SMK Muara Tuang yang menjayakannya.

Laporan disediakan oleh,
Pn Sofiah Zainuddin