Jabatan Teknik dan Vokasional

Bidang Teknikal dan Vokasional (TEKVO) memainkan peranan yang penting dalam membentuk modal insan yang mempunyai ilmu dan kemahiran teknikal tinggi lantas memangkin penjanaan ekonomi negara kita. Konteks utama pendidikan aliran TEKVO ialah ilmu dan kemahiran yang diperoleh semasa pdp dapat diaplikasi dalam kehidupan seharian. Aplikasi yang nyata bagi murid-murid yang belajar subjek Ekonomi Rumah Tangga misalnya dalam bidang memasak dan kemahiran subjek Perdagangan, Pengurusan Perniagaan dan Ekonomi Asas dapat dilaksanakan dalam bidang perniagaan.

Sepanjang tahun 2015, semua panitia di bawah bidang TEKVO telah berusaha menjalankan aktiviti yang meliputi pelbagai kecerdasan, program intervensi SPM dan PT3 dan program peningkatan akademik. Antara aktiviti peringkat panitia yang dijalankan sepanjang tahun ialah mesyuarat peringkat jabatan dan panitia, perkongsian ilmiah sesama guru, CPD TeachSmart (Program Sekolah Amanah), kelas bimbingan kelompok GALUS, Sederhana dan Cemerlang, Bengkel Teknik Menjawab Soalan, Penilaian SEGAK dan Dialog Prestasi SPM. Semoga penglibatan murid-murid dalam segala aktiviti anjuran sekolah, daerah, bahagian, negeri dan kebangsaan dapat memupuk minat dan keyakinan dalam pelbagai bidang.

Laporan disediakan oleh,
Pn Rosita Michael